Koperasi Keluarga Hashim Rauf Sdn Bhd - DEC 2018
( Shahrul - 23-07-2026 )
Panel 2 : Strategi Audit
Panel 3 : Pelaksanaan
Panel 4 : Laporan
Laporan Juruaudit Tidak Bersyarat
KOPERASI KELUARGA HASHIM RAUF SDN BHD
LAPORAN JURUAUDIT TIDAK BERSYARAT
KE ATAS PENYATA KEWANGAN BERAKHIR 31 DISEMBER 2018
Kepada:
Suruhanjaya Koperasi Malaysia
Anggota-anggota Koperasi Keluarga Hashim Rauf SDN BHD
Tuan,
Laporan atas Penyata Kewangan
Kami telah mengaudit penyata kewangan Koperasi Keluarga Hashim Rauf SDN BHD yang mengandungi Kedudukan Kewangan pada 2018, Akaun Pembahagian Keuntungan, Akaun Pendapatan dan Penyata Aliran Tunai bagi tahun berakhir 31 Disember 2018 dan ringkasan dasar-dasar perakaunan penting dan lain-lain nota keterangan seperti yang dibentangkan bersama.
Tanggungjawab Anggota Lembaga Koperasi ke atas Penyata Kewangan
Anggota Lembaga Koperasi adalah bertanggungjawab dalam penyediaan dan pembentangan penyata kewangan yang saksama mengikut piawaian-piawaian perakaunan yang diluluskan di Malaysia dan Akta Koperasi 1993. Tanggungjawab ini termasuk merangka, melaksanakan dan mengekalkan kawalan dalaman yang relevan dengan penyediaan dan pembentangan penyata kewangan yang bebas daripada salah nyata yang material masa ada disebabkan oleh penipuan atau kesilapan, pemilihan dan penggunaan dasar-dasar perakaunan yang bersesuaian dan membuat anggaran-anggaran perakaunan yang munasabah mengikut keadaan.
Tanggungjawab Juruaudit
Tanggungjawab kami adalah untuk menyatakan pendapat ke atas penyata kewangan ini berdasarkan kepada pengauditan yang dijalankan. Kami melaksanakan pengauditan menurut piawaian-piawaian audit yang diluluskan di Malaysia. Piawaian-piawaian tersebut menghendaki kami mematuhi etika dan merancang serta menjalankan kerja-kerja audit untuk memperoleh keyakinan yang munasabah mengenai sama ada penyata kewangan ini bebas daripada salah nyata material.
Sesuatu audit merangkumi pelaksanaan prosedur-prosedur bagi memperoleh bukti yang menyokong jumlah-jumlah dan pendedahan dalam penyata kewangan. Prosedur-prosedur yang dipilih bergantung kepada pertimbangan kami termasuk penilaian risiko salah nyata yang material ke atas penyata kewangan sama ada disebabkan oleh penipuan atau kesilapan. Dalam membuat penilaian risiko, kami mempertimbangkan kawalan dalaman koperasi yang berkaitan dengan penyediaan dan pembentangan saksama penyata kewangan bagi merangka prosedur-prosedur pengauditan yang bersesuaian tetapi bukan bertujuan untuk memberikan pendapat tentang keberkesanan kawalan dalam koperasi.
Pandangan Juruaudit
Berdasarkan keperluan Akta Suruhanjaya Koperasi Malaysia, saya juga melaporkan perkara berikut:
a. Pada pendapat saya, rekod perakaunan dan rekod lain yang diperlukan oleh Akta untuk disimpan oleh Keluarga Hashim Rauf SDN BHD dan subsidiarinya yang mana kami telah bertindak sebagai juruaudit telah disimpan dengan sempurna menurut peruntukan Akta.
b. Saya telah mempertimbangkan akaun dan Laporan Juruaudit bagi semua subsidiari yang tidak diaudit olehsaya seperti yang dinyatakan dalam Nota kepada penyata kewangan yang telah dimasukkan dalam akaun disatukan.
c. Saya berpuas hati bahawa akaun subsidiari yang disatukan dengan Penyata Kewangan Keluarga Hashim Rauf SDN BHD dalam bentuk dan kandungan yang sesuai dan teratur bagi tujuan penyediaan penyata kewangan Kumpulan dan saya juga telah menerima maklumat dan penjelasan yang memuaskan sebagaimana yang dikehendaki bagi tujuan tersebut.
d. Laporan Juruaudit ke atas subsidiari tidak mengandungi sebarang teguran atau pemerhatian yang boleh menjejaskan penyata kewangan.
...................................
Nama :
Ketua Juruaudit SKM
Malaysia
Bukit Damansara
Tarikh : 16-10-2018