Koperasi Keluarga Hashim Rauf Sdn Bhd - DEC 2018
( Shahrul - 23-07-2026 )
Panel 2 : Strategi Audit
Panel 3 : Pelaksanaan
Panel 4 : Laporan
Laporan Juruaudit Bersyarat
KOPERASI KELUARGA HASHIM RAUF SDN BHD
LAPORAN JURUAUDIT BERSYARAT
KE ATAS PENYATA KEWANGAN BERAKHIR 31 DISEMBER 2018
Kami telah mengaudit penyata kewangan Koperasi Keluarga Hashim Rauf SDN BHD, yang merangkumi Penyata Kedudukan Kewangan pada 31 Disember 2018, dan Penyata Prestasi Kewangan, Penyata Perubahan Ekuiti, Penyata Aliran Tunai serta Prestasi Bajet bagi tahun kewangan berakhir pada tarikh tersebut, serta satu ringkasan dasar perakaunan penting dan maklumat lain.
Pada pendapat kami, kecuali seperti yang dibincangkan pada perenggan Asas kepada Pendapat Bersyarat di bawah, penyata kewangan yang disertakan memberi gambaran yang benar dan saksama mengenai kedudukan kewangan Koperasi Keluarga Hashim Rauf SDN BHD pada 31 Disember 2018 dan prestasi kewangan dan aliran tunai untuk tahun kewangan berakhir pada tarikh tersebut selaras dengan Piawaian Perakaunan Sektor Awam Malaysia dan Akta Koperasi Keluarga Hashim Rauf SDN BHD.
Asas bagi Pendapat Bersyarat
Pihak kami ingin menarik perhatian kepada nota 15 dalam Penyata Kewangan berkenaan pengiktirafan nilai saksama bagi pinjaman yang diterima daripada Perbendaharaan Malaysia. Pegiktirafan nilai saksama ini memerlukan pelarasan untuk dilakukan secara retrospektif yang berjumlah RM6,707,011. Amaun ini perlu diiktiraf sebagai pendapatan tertunda pada tahun kewangan berakhir 31 Disember 2018. Tiada pendapat boleh diberikan kerana bertentangan dengan ketepatan berdasarkan Piawaian Perakaunan Sektor Awam Malaysia.
Kami telah melaksanakan audit menurut International Standards of Supreme Audit Institutions yang diluluskan di Malaysia. Tanggungjawab kami di bawah piawaian itu adalah dihuraikan dengan lanjut dalam seksyen Tanggungjawab Juruaudit bagi Audit Penyata Kewangan laporan kami. Kami bebas daripada Lembaga mengikut keperluan etika yang berkaitan dengan audit penyata kewangan di Malaysia, dan kami telah memenuhi tanggungjawab etika lain mengikut keperluan ini. Kami percaya bahawa bukti audit yang kami peroleh adalah mencukupi dan bersesuaian untuk memberikan asas yang munasabah untuk pendapat kami.
Kebebasan dan Lain-Lain Tanggungjawab Etika
Kami bebas daripada Koperasi Keluarga Hashim Rauf SDN BHD mengikut Undang-Undang Kecil (Etika Profesional, Kelakuan dan Amalan) Institut Akauntan Malaysia ( "Undang-Undang Kecil") dan Lembaga Piawaian Etika Antarabangsa untuk Kod Etika Akauntan untuk Akauntan Profesional ("Kod IESBA"), dan kami telah memenuhi tanggungjawab etika lain mengikut Undang-Undang Kecil dan Kod IESBA.
Maklumat Selain daripada Penyata Kewangan dan Laporan Juruaudit
Lembaga Pengarah bertanggungjawab untuk maklumat yang lain yang terdiri daripada Laporan Pengarah tidak termasuk penyata kewangan Koperasi Keluarga Hashim Rauf SDN BHD dan laporan juruaudit mengenainya.
Pendapat kami ke atas penyata kewangan Koperasi Keluarga Hashim Rauf SDN BHD tidak termasuk Laporan Pengarah dan kami tidak menyatakan sebarang bentuk jaminan kesimpulan mengenainya.
Sehubungan itu, tanggungjawab kami adalah untuk membaca maklumat yang lain dengan mempertimbangkan sama ada maklumat yang lain itu tidak selaras secara material dengan penyata kewangan atau pengetahuan kami perolehi dalam audit atau jika tidak, nampak tersalah nyata secara ketara.
Jika berdasarkan kerja yang telah kami laksanakan, sekiranya kami membuat kesimpulan bahawa terdapat salah nyata yang ketara dalam Laporan Pengarah, kami dikehendaki melaporkan perkara tersebut. Tiada perkara untuk dilaporkan berkenaan perkara ini.
Tanggungjawab Pihak Pengurusan dan Para Ahli Majlis ke atas Penyata Kewangan
Pihak pengurusan bertanggungjawab untuk penyediaan dan pembentangan penyata kewangan yang saksama menurut Piawaian Perakaunan Sektor Awam Malaysia dan Akta Suruhanjaya Koperasi Malaysia dan untuk kawalan dalaman di mana pihak pengurusan menentukan diperlu untuk membolehkan penyediaan penyata kewangan yang saksama yang bebas daripada salah nyata yang ketara, sama ada disebabkan oleh penipuan atau kesilapan.
Dalam penyediaan penyata kewangan, pihak pengurusan adalah bertanggungjawab untuk menilai keupayaan untuk terus sebagai satu usaha berterusan, mendedahkan, yang mana berkenaan, perkara-perkara yang berkaitan dengan usaha berterusan dan menggunakan asas perakaunan usaha berterusan melainkan jika pihak pengurusan sama ada berniat untuk membubarkan Koperasi Keluarga Hashim Rauf SDN BHD atau berhenti operasi, atau tidak mempunyai alternatif yang realistik tetapi untuk berbuat demikian.
Para Lembaga Pengarah adalah bertanggungjawab untuk menyelia proses pelaporan kewangan Koperasi Keluarga Hashim Rauf SDN BHD.
Tanggungjawab Juruaudit ke atas Audit Penyata Kewangan
Objektif kami adalah untuk memperolehi jaminan yang munasabah sama ada atau tidak penyata kewangan tersebut secara keseluruhan adalah bebas daripada salah nyata yang ketara sama ada disebabkan oleh penipuan atau kesilapan, dan mengeluarkan laporan juruaudit yang merangkumi pendapat kami. Jaminan yang munasabah adalah jaminan tahap yang tinggi, tetapi bukan satu jaminan bahawa audit dijalankan mengikut Piawaian Pengauditan yang diluluskan di Malaysia akan sentiasa mengesan salah nyata yang ketara apabila ia wujud. Salah nyata boleh timbul daripada penipuan atau kesilapan dan dianggap memberi kesan ketara jika, secara individu atau dalam agregat, mereka semunasabahnya dapat dijangkakan untuk mempengaruhi keputusan ekonomi diambil oleh pengguna berdasarkan penyata kewangan ini.
Sebagai sebahagian daripada audit mengikut Piawaian Pengauditan yang diluluskan di Malaysia, kami menggunakan pertimbangan profesional dan mengekalkan keraguan professional di seluruh audit. Kami juga:
- Mengenalpasti dan menilai risiko salah nyata yang ketara ke atas penyata kewangan, sama ada disebabkan oleh penipuan atau kesilapan, merancang dan melaksanakan prosedur audit responsif kepada risiko berkenaan, dan mendapatkan bukti audit yang mencukupi dan bersesuaian untuk memberikan asas yang munasabah untuk pendapat kami. Risiko tidak mengesan salah nyata yang ketara yang terhasil daripada penipuan adalah lebih tinggi daripada yang terhasil daripada kesilapan, kerana penipuan mungkin melibatkan pakatan sulit, pemalsuan, peninggalan sengaja, gambaran yang salah, atau mengatasi kawalan dalaman.
- Menperoleh pemahaman mengenai kawalan dalaman yang berkaitan dengan audit untuk merangka prosedur audit yang bersesuaian dengan keadaan, tetapi bukan bertujuan untuk menyatakan pendapat mengenai keberkesanan kawalan dalaman Koperasi Keluarga Hashim Rauf SDN BHD.
- Menilai kesesuaian dasar perakaunan yang digunakan dan kemunasabahan anggaran perakaunan dan pendedahan yang berkaitan yang dibuat oleh pihak pengurusan.
- Membuat kesimpulan mengenai kesesuaian penggunaan asas usaha berterusan perakaunan pihak pengurusan dan, berdasarkan bukti audit yang diperolehi, sama ada ketidaktentuan ketara wujud yang berkaitan dengan peristiwa atau keadaan yang boleh menimbulkan keraguan yang ketara ke atas keupayaan Koperasi Keluarga Hashim Rauf SDN BHD untuk terus sebagai satu usaha berterusan. Jika kami membuat kesimpulan bahawa ketidaktentuan ketara wujud, kami dikehendaki untuk menarik perhatian dalam laporan juruaudit kami ke atas pendedahan berkaitan dalam penyata kewangan atau, jika pendedahan tersebut tidak mencukupi, mengubahkan pendapat kami. Kesimpulan kami adalah berdasarkan kepada bukti audit yang diperolehi sehingga tarikh laporan juruaudit kami. Walau bagaimanapun, peristiwa atau keadaan masa depan boleh menyebabkan Koperasi Keluarga Hashim Rauf SDN BHD berhenti untuk terus sebagai satu usaha berterusan.
- Menilai keseluruhan pembentangan, struktur dan kandungan penyata kewangan , termasuk pendedahan, sama ada penyata kewangan mewakili urus niaga asas dan peristiwa yang mencapai pembentangan saksama.
Kami berkomunikasi dengan para ahli majlis, antara perkara lain, skop dan masa audit yang telah dirancang dan penemuan penting, termasuk sebarang kekurangan yang ketara dalam kawalan dalaman yang kami mengenal pasti sepanjang pengauditan kami.
Laporan Mengenai Keperluan Perundangan dan Badan Pengawasan Lain
Menurut keperluan Pekeliling Perbendaharaan, kami juga melaporkan, pada pendapat kami, rekod perakaunan dan rekod lain serta daftar yang wajib di simpan di bawah Akta oleh Lembaga Koperasi Keluarga Hashim Rauf SDN BHD telah disimpan dengan sempurna mengikut peruntukan Akta tersebut.
Hal-hal Lain
Laporan ini disediakan hanya untuk Ketua Audit Negara, selaras dengan peruntukan di dalam Akta Audit, 1957 dan International Standards of Supreme Audit Institutions yang diluluskan di Malaysia dan bukan untuk sebarang tujuan yang lain. Kami tidak akan bertanggungjawab kepada mana-mana pihak lain untuk kandungan laporan ini.