Mengumpulkan semua pihak berkepentingan di dalam Fakulti Perakaunan
Mewujudkan satu kumpulan yang utuh, signifikan dan berjaya
Menjalinkan hubungan yang erat di kalangan ahli
Mengenal pasti sumbangan yang boleh disalurkan oleh pihak berkepentingan kepada pembangunan pelajar, fakulti dan warganya
Keahlian terbuka kepada semua pelajar semasa fakulti perakaunan, bekas pelajar Fakulti Perakaunan, pensyarah dan staff Fakulti Perakaunan, rakan dan firma strategik Fakulti Perakaunan di seluruh Malaysia.
Individu yang bekerja sebagai pensyarah atau staff Fakulti Perakaunan, bekas pelajar UiTM yang membayar yuran keahlian tahunan sebanyak Ringgit Malaysia sepuluh sahaja (RM10) setiap tahun.
Individu yang bekerja sebagai pensyarah atau staff Fakulti Perakaunan, bekas pelajar UiTM yang membayar yuran keahlian seumur hidup sebanyak Rinngit Malaysia lima puluh sahaja (RM50) sekali seumur hidup.
Khusus untuk bekas pelajar (alumni) yang membayar yuran keahlian seumur hidup sebanyak Ringgit Malaysia satu ratus sahaja (RM100) sekali seumur hidup.
Bukan bekas pelajar (alumni) yang memberi keprihatinan dan sumbangan dalam pelbagai bentuk untuk kepentingan dan kemajuan fakulti yang membayar yuran keahlian sebanyak Ringgit Malaysia lima puluh sahaja (RM50) sekali seumur hidup.
Terbuka kepada semua pelajar Fakulti Perakaunan yang membayar yuran keahlian sebanyak Ringgit Malaysia satu sahaja (RM1) setiap tahun.
Setiap permohonan menjadi ahli hendaklah dicadangkan dan disokong oleh ahli dan dihantar kepada setiausaha yang dikehendaki mengemukakan permohonan itu dengan secepat mungkin kepada jawatankuasa untuk dipertimbangkan. Jawatankuasa boleh mengikut budi bicaranya menolak sebarang permohonan tanpa memberi sebab.
Tiap-tiap pemohon yang permohonannya telah diluluskan seperti yang tersebut di atas, hendaklah setelah membayar bayaran masuk atau yuran pertama seperti yang ditetapkan hendaklah diterima menjadi ahli pertubuhan dan berhaklah ia sebagai ahli.
Tekan butang 'Muat Turun' untuk mendapatkan borang keahlian. Isi borang tersebut dan hantar borang lengkap ke alamat yang disediakan pada bahagian 'Hubungi Kami' di bawah.
FAKULTI PERAKAUNAN,
UITM SELANGOR, KAMPUS PUNCAK ALAM,
42300 BANDAR PUNCAK ALAM,
SELANGOR DARUL EHSAN, MALAYSIA